Ara Johari ‘Rebranding’ Genre Muzik, Single Baharu 100% Berbeza Daripada Karya Sebelumnya
Izwan Isa
12/04/2024 12:55 MYT
12/04/2024 12:55 MYT
Penyanyi Ara Johari bakal mempersembahkan sisi yang berbeza sebagai seorang penyanyi menerusi single baharu yang bakal dilancarkan kelak.
Ara berkata, tahun 2024 bakal menyaksikan kemunculan ‘Ara Johari’ yang baharu selepas dia membangunkan syarikatnya sendiri usai kontrak bersama Rocketfuel tamat.

Berbeza
“Selepas keluar label, saya bangunkan syarikat saya sendiri. Insya-Allah, selepas raya, saya akan muncul dengan lagu baharu. Untuk lagu ini, pendengar akan mendengar sisi berbeza daripada saya.
“Ibaratnya tahun 2024 ini bakal memperlihatkan ‘Ara Johari yang baharu’. Sama ada saya masih kekal dengan irama muzik rock, itu tidak boleh dikongsikan lagi. Apa yang boleh saya katakan, single itu 100 peratus berbeza dengan apa yang pernah saya tampilkan sebelum ini,” katanya kepada Gempak.

Genre berbeza
Melanjutkan bicara, Ara mendedahkan yang sebab utama dia memutuskan untuk beralih genre adalah disebabkan enggan berada dalam satu genre untuk masa yang lama.
“Kita pun kena ikut trend semasa. Apa yang orang nak dan apa yang mereka mahu dengar. Bagi saya, selagi saya boleh bawakan lagu itu, saya akan teruskan untuk bawa.
“Singnature suara tinggi itu masih ada sikit-sikit. Tapi apa yang boleh saya dedahkan sikit, lagu kali ini lebih fun. Komposer untuk single ini saya sendiri dan dua orang lagi. Nanti kita akan kongsikan,” tutup Ara.