Bagi mengekang penularan wabak COVID-19, Arab Saudi bakal melaksanakan perintah berkurung 24 jam ketika sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Memetik laporan Harian Metro, pelaksanaan perintah berkurung itu akan berkuat kuasa bermula 30 Ramadan sehingga 4 Syawal.

Arahan itu telah disarankan oleh pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud.

Arab Saudi telah merekodkan kes baru COVID-19 sebanyak 2,520 setakat semalam.

Manakala jumlah keseluruhan kes positif telah mencecah 15,257 dilaporkan di negara tersebut.



Untuk perkembangan COVID-19 di negara kita, jumlah kes keseluruhan telah mencatatkan jumlah sebanyak 6,779 setakat hari ini.

Sebanyak 5,281 dari jumlah itu telahpun sembuh menjadikan kes aktif sebanyak 1,387 termasuk 37 kes baru.

Apapun, kekal berada di rumah dan keluar ketika perlu sahaja. Lakukan segala langkah yang mampu mencegah penularan COVID-19 seperti penjarakkan sosial dan sebagainya kerana kita belum menang!




Sumber : Harian Metro, Instagram KKM