Are You Ready? 2 Hari Sahaja Lagi, Sebelum Tunggu All Together Now Malaysia Bermula, Jom Layan Acapella Ini Dulu!

Asraf Aided
Jun 4, 2021 06:57 MYT
Dua hari sahaja lagi, program yang ditunggu ramai, All Together Now Malaysia (ATNMY) akan mula ditayangkan.
Dalam ATNMY, anda akan menyaksikan perbezaan dari segi format pertandingan yang tidak pernah dilakukan dalam mana-mana program di Malaysia sebelum ini.
Mendengar pada jumlah juri 50 orang pun sudah membuat ramai peminat selebriti tanah air teruja! Inikan pula jika tayangan konsert sudah bermula, mesti happening!
Sebelum menyaksikan ATNMY Ahad ini, jom layan video acapella I Got The Music In Me yang menggabungkan juri dan beberapa orang dari peserta.
I Got The Music In Me! Tidak kira apa jua rintangan, kita kena terus bangkit sampai kita berjaya okay?
Untuk makluman, promo dan program ATNMY dirakam ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Segala prosedur operasi standard (SOP) telah dipatuhi dan penjarakan fizikal tetap dijaga, jangan risau okay?
Dihoskan oleh Sherry Alhadad dan menampilkan Datuk AC Mizal selaku Kapten Juri, ATNMY akan bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria & Astro Go!
Ia juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan kemudahan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
#Pertandingan #Nyanyian #All Together Now Malaysia #ATNMY