The House musim keenam yang menampilkan bekas peragawati, Ezurin Khyra bersama lima anaknya, Tunku Amaan Khyra, Tunku Nadya Khyra, Tunku Omaan Khyra, Tunku Imaan Khyra dan Tunku Rmaan Khyra serta rakan baik Ezurin, Magie Abang Saufi akan memasuki episod terakhir Rabu ini.

Kepada anda yang setia mengikuti program realiti ini, tentunya banyak persoalan yang bermain di minda tentang apakah kesudahan kisah mereka.

Sudah pasti banyak kejutan dan perkara tidak diduga berlaku dalam episod akhir yang pastinya akan menjadi ingatan para penonton.

Kepada anda yang terlepas menyaksikan episod sembilan Rabu lalu, boleh menyaksikan ulangan menerusi On Demand atau tonton sahaja semua episod yang telah ditayangkan menerusi aplikasi Astro Go pada bila-bila masa.

Jadi, adakah anda bersedia untuk menonton episod akhir tiga hari lagi? Sama-sama kita nantikannya!

The House Ezurin Khyra bersiaran selama 10 episod menerusi Astro Ria (124) dan Ria HD (104) setiap Rabu, pukul 9.00 malam.

Gempak sebagai portal rasmi pula akan membawakan video-video eksklusif menerusi gempak.com/thehouse.