Areesya Malaykha, Cantiknya Nama Baby Girl Azrinaz Mazhar Hakim

Mya Amri
September 22, 2019 07:17 MYT
Bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim memilih nama Areesya Malaykha untuk puteri kesayangannya.
Menerusi kemas kini terbaru akaun Instagramnya, Azrinaz juga turut mendedahkan wajah anaknya selain maksud disebalik keindahan nama yang diberikan.
“Tepat selepas seminggu, kami sudah bersedia untuk mengumumkan nama yang telah dipilih.
“Selepas 'Tahnik' (yang akan saya kongsikan dalam posting seterusnya), kami telah memilih nama yang indah untuk anak perempuan kami: Areesya Malaykha.
"Dalam bahasa Arab, Areesya bermaksud tinggi dan kuat manakala Malaykha membawa maksud malaikat. Seperti seorang malaikat dari atas, itulah cara kami melihat anda... Areesya Malaykha,” tulisnya.
BACA: "It’s A Girl" – Alhamdulillah... Azrinaz Mazhar Hakim Selamat Bersalin
Terdahulu, Azrinaz melangsungkan perkahwinan dengan teman lama, Fairos Khan Abdul Hamid, 43, pada 1 Mei tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata pada 15 September lalu.
#Azrinaz Mazhar Hakim