Penyanyi antarabangsa Ariana Grande telah mengikat tali pertunangan bersama kekasih hati Dalton Gomez.

Menerusi laman sosial Instagram, pelantun lagu 7 Rings itu berkongsi foto sebentuk cincin berlian yang diberikan oleh Dalton sebagai tanda lamaran.

“Forever and then some,” tulis Ariana di ruangan kapsyen.

A post shared by Ariana Grande (@arianagrande)


Menerusi foto tersebut, Ariana memakai cincin lamaran bertatahkan berlian besar di sisi sebutir mutiara.

Perkongsian itu kemudian dihujani ratusan ribu komen daripada peminat yang bergembira dan memberikan ucapan tahniah.

Foto itu sehingga kini telah menerima hampir 10 juta tanda suka daripada wargamaya seluruh dunia.

Percintaan Ariana dan Dalton mula diketahui umum sejak bulan Mei 2020 apabila dia mengeluarkan lagu Stuck With U duet bersama Justin Bieber.

Namun, pasangan yang sudah bersama sejak Januari lalu dilaporkan tinggal bersama sepanjang tempoh kuarantin pandemik COVID-19.

Dalton merupakan seorang ejen hartanah di Los Angeles.

Terdahulu, Ariana pernah bertunang dengan pelawak Pete Davidson dan hanya bertahan selama lima bulan.