Penyanyi popular Ariana Grande dilantik menjadi salah seorang juri terbaharu dalam program pencarian bakat, The Voice bagi menggantikan Nick Jonas.

Bakal memasuki musim ke-21, Grande akan bergabung tenaga bersama juri-juri terdahulu iaitu Kelly Clarkson, Blake Shelton, dan John Legend.

A post shared by Ariana Grande (@arianagrande)


Memetik laporan Page Six, seorang sumber mengatakan Grande cukup menggemari program The Voice. Malah, pasukan The Voice juga dikhabarkan sudahlama melamar penyanyi 7 Rings itu untuk menjadi sebahagian daripada keluarga The Voice.

"Dia menggantikan Nick Jonas, yang sekarang ini menjadi juri untuk musim ke-20. Jonas terpaksa meninggalkan program itu selepas ini tetapi berkemungkinan dia akan kembali," kata seorang sumber.

Pemenang Grammy itu sebelum ini pernah tampil di dalam The Voice pada tahun 2016 tetapi untuk membuat persembahan dan bukannya menjadi juri.

"Saya rasa terhormat dan bersemangat untuk menjadi sebahagian daripada keluarga The Voice! Saya telah menjadi peminat tegar program ini sudah lama,” ulas Ariana.

"Saya tidak sabar untuk berlawan dengan juri-juri hebat yang lain, untuk mencari bakat-bakat baharu dan membantu mereka berjaya ke peringkat seterusnya," jelasnya lagi.