Hollywood

Ariana Grande Mahu Makan Malam Dengan Pembunuh Bersiri, Disifatkan Sakit Otak

gempak
Maliah Surip
30/06/2024
21:51 MYT
Sponsor Banner
Ariana Grande Mahu Makan Malam Dengan Pembunuh Bersiri, Disifatkan Sakit Otak
Penyanyi Ariana Grande meluahkan keinginan keluar makan malam bersama salah seorang pembunuh bersiri paling kejam dunia jika berpeluang berbuat demikian.
Grande secara spesifik bercakap tentang impian makan malam bersama Jeffrey Dahmer, pembunuh bersiri yang sudah mati.

BERITA TRENDING: RM564,000 Terkumpul Untuk Tabung Bantuan Kanak-Kanak Palestin Selepas Ariana Grande Kongsi Link Derma Di IG Story

BERITA TRENDING: Ariana Grande Berhenti Lakukan Botoks & Tebalkan Bibir, Rasa Tidak Perlu Berselindung Lagi

Dia yang turut ketawa sewaktu menyatakan impian tersebut muncul sebagai tetamu di sebuah podcast, lapor TMZ.
Menurut Grande yang sebelum ini pernah berkongsi keinginan tersebut lewat sesi soal jawab bersama peminat, dia mahu bertanyakan banyak perkara kepada Dahmer.
Selain ingin bersembang, Grande secara berseloroh mengatakan ingin mengetahui ‘isi otak’ pembunuh bersiri tersebut.
Dahmer mempunyai rekod jenayah yang sangat kejam dengan melakukan 17 pembunuhan terhadap mangsa lelaki dalam tempoh 13 tahun.
Salah seorang mangsa kekejaman Dahmer adalah Tony Hughes ; seorang lelaki pekak yang dibunuh pada tahun 1991.
Mendengar pengakuan yang dikeluarkan Grande, bukan hanya netizen tetapi keluarga mendiang Hughes juga mengutuk penyanyi tersebut.
Grande bukan hanya disifatkan tidak sensitif terhadap perasaan keluarga semua mangsa Dahmer tetapi ibu Hughes mengatakan penyanyi itu sebagai seorang yang ‘sakit otak’!
“Impian atau keinginan yang dinyatakan langsung tidak kelakar untuk anda mengatakan mahu menghabiskan masa makan malam bersama seorang pembunuh bersiri yang sangat kejam.
“Saya rasa dia (Grande) sakit otak. Dan impian ini juga tidak patut dikongsikan dengan khalayak terutama generasi muda,” ujar ibu Hughes.

BERITA TRENDING: Peminat Gelar Dirinya Anoreksia, Ariana Grande: “Anda Tidak Pernah Tahu Apa Yang Dilalui Seseorang”

BERITA TRENDING: Janna Nick Akui Bukan Mudah Nak Dapatkan Anak - "Banyak Supplement Kena Makan, Kena Jaga Kesihatan Mental, Kurangkan Kerja..."

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live