TERKINI
Ariel Fesol Kongsi Ciri-Ciri Wanita Idaman - "Dia Boleh Clingy, Tapi ..."
Juara Big Stage Alpha iaitu Ariel Fesol mengakui dia tidak mahu memikirkan lagi tentang soal percintaan buat masa sekarang ini.
Jelas Ariel, dia hanya mahu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kerjayanya terdahulu kerana baginya ini adalah peluang untuk dia kembali ke dunia industri seni.
Jelas Ariel, dia hanya mahu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kerjayanya terdahulu kerana baginya ini adalah peluang untuk dia kembali ke dunia industri seni.
“Alhamdulillah single sebab saya rasa saya nak fokus dekat banyak benda terutama sekali pada diri saya sendiri untuk explore lagi dengan peluang yang saya dapat ini,” katanya menerusi video di Era Sarawak.
Dalam masa sama, Ariel turut berkongsi tentang ciri wanita pilihannya.
Katanya, dia tidak kisah sekiranya pasangannya mempunyai sikap manja asalkan wanita itu meletakkan batas.
“Saya rasa asalkan dia memahami kerja saya macam mana dan dia tidak ‘clingy’. Dia boleh clingy tapi bertempat je tapi jangan terlalu la,” kongsinya.
Meninjau di ruangan komen, rata rata peminat meninggalkan komen yang lucu dan sempat mengusik Ariel menerusi kenyataan yang diberikan olehnya.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Tolong ariel saya taknak delulu tapi berangan itu percuma.”
“Taknak clingy. Okay noted ariel.”
“Kalau macam tu saya nak cuba nasiblah kalau macam ni,” komen dari netizen.