Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ariel Noah Bosan Menyanyi, 10 Bulan Habiskan Masa Di Rumah

Maliah Surip
27/10/2024 03:55 MYT
Kumpulan Noah saat ini diketahui sedang berehat daripada aktiviti persembahan termasuk berskala kecil dan besar.

Keputusan berehat diumumkan kugiran tersebut pada tahun lalu sebelum Noah tidak lagi membuat persembahan bermula Januari 2024.

Kini selepas 10 bulan berehat, vokalis Noah, Ariel memberitahu dia masih mengelak untuk menyanyi.

Sebaliknya Ariel mengaku lebih senang menghabiskan masa di rumah dan melakukan aktiviti selain menyanyi.

Malah vokalis yang sudah lebih 18 tahun menjadi pemuzik dan penyanyi itu menyanyi adalah pada Januari 2024.

“Jujur, saya bosan jadi memang sepanjang berehat ini saya mengelak untuk menyanyi,” ujar Ariel seperti dilaporkan Kompas.

Pelantun lagu Yang Terdalam itu menyambung: “Saya lebih senang menghabiskan masa di rumah.

“Saya suka di rumah saja mungkin ada yang panggil itu introver? Tapi pokoknya mungkin saya memang pemalas.

“Suka habiskan masa di rumah ada banyak benda yang saya lakukan seperti membuat meja.”

Namun kata Ariel ada masa dia masih melakukan aktiviti seperti menaiki motosikal dan menyanyi sekitar satu atau dua lagu pada acara tanpa ditemani anggota Noah yang lain.
#Penyanyi #Viral #Indonesia #Ariel #Noah
;