Penyanyi Ariel NOAH menarik perhatian ramai apabila tampil membuat tutorial menggunting rambut ketika menjalani tempoh kuarantin di rumah sempena penularan COVID-19.

Tutorial berkenaan dibuat menerusi sebuah video yang dimuat naik di media sosialnya.

Dengan gaya bersahaja, Ariel memotong rambutnya dengan menggunakan mesin dan juga gunting tanpa sebarang bantuan.

Hasilnya, Ariel kelihatan lebih bergaya daripada sebelumnya.

Anda boleh lihat video tutorial tersebut di bawah.

Sementara itu platform Twitter, lain pula jadinya apabila ramai yang membuat naik gambar gelagat mereka memotong rambut, namun tidak langsung kelihatan seperti Ariel.

Ada yang senget di tepi dan ada juga yang botak di tengah-tengahnya.

Anda boleh lihat antara gelagat lucu netizen di bawah.