Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Arif Aiman Ziarah Faisal Halim, Peminat Respek  - “Diluar Padang Mestilah Bersahabat”

Khairil Khusyairi
28/08/2024 00:28 MYT

Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi meluangkan masa menziarahi tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Arif Aiman memuat naik foto dia menziarahi Faisal atau mesra disapa 'Mickey' di kediaman Faisal.

"Terima kasih 'Messi' datang melawat dan beri semangat," tulis Faisal menerusi Instastory.

Malah Arif Aiman turut menitip doa kesembuhan buat 'Mickey'.

"Fast recovery dan semoga dipermudahkan urusan 'Mickey'," doa Arif Aiman.

Sabtu lalu, Arif Aiman meledak satu gol ketika membantu skuad Harimau Selatan membenam Selangor FC 6-1 dalam aksi Perlawanan Akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pada malam tersebut, Faisal tidak tersenarai dalam kesebelasan utama skuad Merah Kuning itu sebaliknya berada dalam senarai pemain simpanan.

Duo itu merupakan tonggak skuad kebangsaan dengan Faisal beraksi sebagai sayap kiri, manakala Arif Aiman mengemudi di bahagian kanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Faisal Halim Akui Prestasi Positif Tapi Perlu Masa Capai Tahap Maksimum – “Beri Saya Ruang Untuk Kejar Semula”

#JDT #Bola Sepak #Ziarah #Selangor FC #Arif Aiman #Faisal Halim