Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ariff Bahran Bakal Jadi Bapa, Umum Isteri Sedang Hamil 24 Minggu

Azwa Rahman
13/04/2022 09:41 MYT
Penyanyi Ariff Bahran mengumumkan dirinya bakal menjadi seorang bapa tidak lama lagi hasil perkongsian hidup bersama isteri, Amirah Syazwani.

Menerusi laman sosial Instagram, Ariff atau nama sebenarnya Mohammad Ariff Bahran Ahmad Azhari, 24, berkongsi berita gembira tersebut bersama sebuah video untuk tatapan umum.

“Alhamdulillah dan Insyallah jika ada rezeki dan tiada aral melintang, Bahran akan jadi seorang ayah.

“Gementar dan teruja pada masa yang sama,” tulis Bahran di ruangan kapsyen.

Kata bekas peserta Big Stage musim pertama ini lagi, di bersyukur isterinya tidak mengalami sebarang alahan yang mabuk hamil yang sering menimpa ibu mengandung.

“Sekarang dah di hujung trimester kedua (24 minggu 5 hari). Tiada alahan, tiada morning sickness.

“Semoga urusan wife Bahran terus dipermudahkan. Doakan my wife dan baby sihat dan selamat hingga bersalin,” jelasnya lagi.

A post shared by Ariff Bahran (@ariffbahran)


Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan pengikutnya menitipkan ucapan tahniah dah mendoakan agar ibu dam bayi sentiasa sihat.

Sekadar info, Ariff dan Amirah, 27, selamat mendirikan rumah tangga pada 3 September 2021 dalam sebuah majlis akad nikah berlangsung di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Shah Alam.

Namun, berita mengenai perkahwinan itu tersebar selepas Ariff dilihat mengucup dahi isterinya sewaktu membuat persembahan di pentas Anugerah Drama Sangat 2021.
#Ariff Bahran #Amirah Syazwani #Isteri Ariff Bahran hamil
;