Hiburan
Ariff Bahran Meluat Dengan Netizen Agungkan ‘Hot Daddy’ - “Kalau Fasal Perkara Baik, Korang Semua Kecam”
Penyanyi Ariff Bahran menyelar tindakan segelintir netizen yang lebih gemar membaca berita melibatkan gosip dan kontroversi terutama melibatkan isu ‘Hot Daddy’.
BERITA TRENDING: “Kalau Kita Dah Mula Bangga & Support Maksiat, Maksudnya…” - Ustaz Adnin Tegur Orang Sanjung…
Menerusi hantaran di Instagram, Bahran berkata dia melihat netizen lebih tertarik membaca berita sedemikian berbanding berita yang mendatangkan faedah kepada mereka.
"Dah tahun 2024 pun masih lagi tengok gosip-gosip bodoh. Kalau fasal siapa artis kahwin dua, fasal bapak ayam di luar sana ramai yang baca.
"Kalau fasal perkara baik, korang semua kecam. Kalau benda jahat dan tak betul, ramai yang agungkan.
"Fasal bapak ayam itu, siap ada yang ajak dia tangkap gambar sambil dukung anak. Lepas itu, fasal istilah ‘swinger’? Aku pun baru tahu istilah ‘swinger’ ini dan benda itu sangat menggelikan aku," katanya.
Justeru, penyanyi lagu Kata Akhirmu itu turut berpesan kepada orang ramai agar memperbaiki diri mereka dan menjadi versi yang lebih baik pada tahun ini.
Must-Watch Video