Ariff Jiwa Asyraf Rai Hari Jadi Pertama Bersama Anak-Anak Yatim Rumah Titian Kasih

Kamaruddin Razal
Mac 31, 2018 07:38 MYT
Calon Top 5 Si Cilik MeleTOP AME 2018, Arif Jiwa Asyraf menyambut hari jadi pertamanya bersama anak-anak yatim di Rumah Titian Kasih, Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Menerusi perkongsian bapa Arif, Asyraf Khalid di laman Instagram, perancangan untuk meraikan ulang tahun Arif di Rumah Titian Kasih adalah hasil ideanya bersama isteri, Tya Arifin.
Hasil usaha Asyraf dan Tya mendapat pujian netizen yang terharu kerana pasangan ini berkongsi rasa kegembiraan dengan mereka yang kurang berkemampuan.
Arif merupakan calon Top 5 kategori Si Cilik MeleTOP bersama Aaisyah Dhia Rana, Lara Alana, Syeriv Samheizy dan Yusuf Iskandar.
Lahir pada 31 Mac 2017, Arif merupakan anak pertama hasil perkahwinan Asyraf dan Tya yang bernikah pada 1 November 2015.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto & Video: Instagram Asyraf, Tya & Arif
#Baby #Arif Jiwa Asyraf