Berita

Arjun Rampal Puji Video Zulin Aziz Lucu, Minta Netizen Translate Dialog Sebab...

ZULHILMI JALIL
03/04/2020
03:16 MYT
Aktor Bollywood terkenal, Arjun Rampal meminta warganet menterjemahkan dialog yang dituturkan pengacara Zulin Aziz menerusi sebuah video yang disunting bersamanya.
Biarpun tidak memahami isi kandungannya, kata Arjun, video tersebut kelihatan seperti sebuah video yang mencuit hati.
"Can you translate. It seems funny, lol stay safe (Boleh ke awak terjemahkannya, ia kelihatan lucu)," tulis Arjun menerusi satu entri di akaun Twitternya yang mempunyai lebih 4.4 juta pengikut itu.
Terdahulu, Zulin menyunting sedutan video daripada salah satu karya lakonan Arjun sebelum berkongsinya di Twitter.
Dalam video yang menggunakan percakapan dalam bahasa Melayu itu, Zulin menyifatkan Arjun sebagai suaminya.
"Perkenalkan.. inilah suami saya. Dia seorang polis yang berjuang untuk negara sewaktu Covid-19 ni. Jangan sampai suami saya tangkap kamu orang! #stayathome," katanya.
Video yang diretweet lebih 3,000 kali oleh warganet itu kemudian mendapat respons Arjun.
Sementara itu, Zulin menerusi satu entri terbarunya di Instagram meluahkan rasa teruja selepas video tersebut mendapat perhatian aktor pujaannya.
"Kan dah beritahu... suami saya tak paham sangat Melayu..Awwww dia suruh translate guys.
"Aku boleh tidur senyum macam ni @rampal72," tulisnya diruangan kapsyen.
Apapun, jangan lupa saksikan program yang pernah menampilkan Zulin Aziz di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Video Menari Berkemban, Jual Produk Sambil Terkangkang, Nonny Tampil Muat Naik Video Mandi Pula

gempak
17/07/2024
09:55 MYT
Kebelakangan ini, hantaran yang dimuat naik oleh penyanyi dan pelakon Nonny Nadirah kembali menjadi perhatian dengan kontroversi membuat hantaran yang dianggap keterlaluan.
Hiburan

Video Muzik Rockstar Lisa Blackpink Didakwa Ciplak Travis Scott

gempak
06/07/2024
13:55 MYT
Mencatat rekod dengan 20 juta tontonan sebaik dilancarkan selama 12 jam, video muzik Lisa Blackpink, Rockstar kini berdepan kontroversi apabila didakwa menciplak hasil kreativiti orang lain.
Hiburan

Dikerumuni Peminat, Sering Buat Video Dengan Selfie Stick, Ini Fakta Mengenai Queen Kudasai

gempak
24/06/2024
08:54 MYT
Jika anda pengguna tegar platform TikTok, sudah pasti anda mengenali sosok bernama Queen Kudasai. Tampil menggunakan selfie stick dalam hampir setiap kandungan TikTok, Queen Kudasai sering dilihat terbang ke luar negara untuk bertemu peminat.
Hiburan

Ria Ricis Kena Ugut, Bayar RM87,000 Atau Foto & Video Aib Bersenam Di Gim Tersebar

gempak
11/06/2024
09:55 MYT
Nama Ria Ricis kembali menuai perhatian peminat di Indonesia apabila dia membuat laporan polis kerana didakwa berdepan ugutan dari orang yang dikenali.
Terkini

Individu Hina Anak Caprice Diminta Melutut Mohon Maaf, Ada Yang Setuju & Ada Yang Tidak

gempak
03/05/2024
12:25 MYT
Penyanyi rap Caprice akhirnya membuat pertemuan empat mata dengan individu yang menghina anaknya baru-baru ini. Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, dapat dilihat individu tersebut diminta untuk melutut di hadapan Caprice dan isterinya (Fara Inalis) demi meminta maaf.