Hiburan
Army Please Get Ready, BTS ‘Datang’ Malaysia 7 Ogos Depan
Kumpulan K-Pop terkenal dunia, BTS bakal ‘hadir’ ke Malaysia sebagai tanda penghargaan buat peminat mereka di negara ini.
Namun jangan cepat melatah, BTS hanya ‘hadir’ ke negara ini dalam bentuk filem dokumentari iaitu ‘Bring The Soul: The Movie’.
Filem dokumentari yang merupakan buah tangan terbaharu mereka itu merakamkan momen-momen BTS sepanjang menjayakan konsert jelajah mereka ‘Love Yourself: Answer’.
BTS dianggotai oleh tujuh anak muda berbakat iaitu Jin, RM, SUGA, J-Hope, Jimin V dan Jungkook.
‘Bring The Soul: The Movie’ merupakan filem dokumentari ketiga yang ditayangkan selepas ‘Burn The Stage: The Movie’ pada tahun 2018 dan ‘Love Yourself In Seoul’ awal tahun ini.
Tiket-tiket untuk menyaksikan ‘Bring The Soul: The Movie’ telah mula dijual di pawagam, Golden Screen Cinemas (GSC) sejak jam 10.00 malam tadi.
Tempahan tiket adalah terhad dan ‘Bring The Soul: The Movie’ hanya akan ditayangkan selama lima hari di pawagam bermula 7 Ogos depan.
Terdahulu, filem BTS iaitu ‘Burn The Stage’ mencatat kutipan AS$18.5 juta (RM76.4 juta), sekali gus menewaskan kutipan filem konsert tertinggi oleh kumpulan 'One Direction'.
Must-Watch Video