Advertorial
Aroma Nasi Lemak Memukau & Penangan Sambal Padu. Menu Baru Yang Mesti Nak Kena!
Siapa yang dah try Nasi Colonel tu tahulah betapa mantapnya gabungan ayam rangup dan nasi tu kan. Korang sendiri tahu kita dengan nasi lemak memang berpisah tiada. Kini KFC menampilkan menu baharu yang sudah lama dinanti-nantikan iaitu Nasi Atuk KFC.
Kombinasi sempurna ayam rangup KFC bersama nasi lemak aromatik dan turut disertakan sambal yang power ni memang boleh bawa ke mimpi. Senang kata bila dah kena sekali Mesti Nak Kena lagi.
Nasi Atuk KFC – Nasi Lemak atau Nasi Colonel
Apa yang istimewa kali ini adalah di bawah pilihan Nasi Atuk KFC ni korang juga diberi pilihan sama ada untuk menikmati dengan Nasi Lemak Aromatik yang menggunakan daun pandan dan santan atau Nasi Colonel.
Apa yang lagi best, menu ni datang dengan telur rebus, hirisan timun, kacang dan sambal ikan bilis yang istimewa menjadi pelengkap untuk Nasi Atuk KFC.
Memang terbaik kan, apatah lagi kali ni korang boleh nikmati Nasi Atuk KFC ni pada bila-bila masa sahaja. Jadi, tak payahla risau kalau korang nak nikmati hidangan ni pada waktu malam pun boleh!
Terdapat tiga variasi Nasi Atuk KFC yang Mesti Nak Kena!
Set 2 atau 1 Ketul Ayam KFC
Set Zinger Fillet
Harga bagi menu istimewa ini hanya bermula dengan RM14.99 sahaja. Memang berbaloi lah set hidangan ni, tambahan pula dapat jamu bersama keluarga ataupun sahabat korang.
Ni nak bagitahu sikit. Korang kena tunggu penampilan istimewa Atuk Kepci kat Sepahtu Reunion. Kita layan Geng Sepahtu punya lawak sambil nikmati hidangan Nasi Atuk KFC sama-sama. Bak kata pepatah, Perut Kenyang, Hati pun Girang!
Nasi Atuk KFC kini boleh didapati di seluruh cawangan KFC di Malaysia. Dapatkan berdekatan dengan rumah anda!
Untuk menjaga keselamatan diri daripada terdedah dengan ramai orang, guna perkhidmatan KFC Pandu Ambil kerana tak perlu keluar dari kereta.
Buat pesanan anda di Aplikasi KFC Self Collect atau laman sesawang KFC, https://kfc.com.my/.
Jangan lupa cuba. Mesti Nak Kena!
Must-Watch Video