Advertorial
Arrian Menangis Kerana Takutkan Tempat Tinggi, Rupa-rupanya Warisi Sifat Ayah!
Baru-baru ini penyanyi Tomok, berpeluang membawa keluarganya bercuti, ketika percutian tersebut ‘pecah lubang’ yang vokalis New Boyz itu gayat dengan ketinggian.
Semuanya bermula apabila Tomok membawa anak sulungnya Arrian Shah Akid menaiki sebuah permainan dipanggil The Tower di taman tema Lego Land.
Arrian tiba-tiba menangis dengan kuat dan meminta ibu dan ayahnya membawanya keluar dari tempat tersebut.
Menerusi episod ke empat WOW Bersama Genki!, Tomok mengakui dia seorang yang fobia pada ketinggian dan tidak sukakan Roller Coaster!
“Niat saya bawa Arrian naik The Tower untuk tunjuk pemandangan dari tempat tinggi, tapi sebenarnya dia penakut ikut bapa dia.
“Saya pun sebenarnya takut, tapi saya beranikan diri juga sebab nak tunjuk kepada anak tapi tadi Arrian menangis tak berhenti,” katanya.
Lucunya, Tomok turut memberi alasan menjaga anak-anaknya Arrian dan Andra Shah Iman kerana tidak mahu menaiki Roller Coaster kepada isterinya Rahayu Abas yang terpaksa mencuba permainan tersebut seorang diri.
“Sebenarnya bukan saya tak nak naik, tapi kita ada anak-anak nak kena jaga kalau saya naik siapa nak jaga Arrian dan Andra.
“Nak kena jaga barang lagi, kalau semua naik siapa nak jaga,” katanya ketawa.
Sementara itu sambil ketawa Rahayu berkata, Tomok hanya memberi alasan.
Untuk menyaksikan yang selanjutnya mengenai percutian Tomok dan keluarganya ke Lego Land, Johor Bahru bersama Genki! Pants, jangan lupa untuk saksikan WOW Bersama Genki! setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) & Astro Ria HD (saluran 123).
WOW Bersama Genki! dibawakan oleh Genki! Pants pasti mengagumkan si manja dengan keselesaan bagai dilapik kelembutan awan!
Untuk memenangi percutian selama tiga hari dua malam bersama keluarga, jangan lupa layari laman web: www.wowbersamagenki.com.my