HIBURAN
Arrora Salwa Tak Kisah Dikecam Lepas Tular Video Campak Buku Anak - “Kamu Adalah Tanggungjawab Mommy, Orang Lain Boleh Pergi…”
Penyanyi, Arrora Salwa tidak kisah sekiranya cara mendidik anak dikritik atau dipertikaikan netizen selepas tular video di media sosial yang merakamkan dirinya memarahi anak tirinya, Eshaal.
Bagaimanapun menerusi hantaran terbaharu di TikTok miliknya menegaskan bahawa dia tidak kisah dengan pandangan orang ramai.
Arrora turut menyatakan bahawa dia bangga dengan perkembangan anak tirinya, walaupun hanya bergelar ibu tiri.
undefined Terdahulu, Arrorra menjadi bualan netizen selepas tindakannya mencampak buku ketika memarahi anak tirinya, Eshaal dalam sebuah video menjadi tular di media sosial baru-baru ini.
Video tersebut memaparkan Arrora meluahkan kemarahan dengan mencampak beberapa buku selepas anak tirinya dipercayai tidak menyiapkan kerja sekolah sepanjang cuti sebulan.
Tindakan itu mencetuskan pelbagai reaksi, termasuk segelintir netizen yang menyokong ketegasan dirinya dalam mendidik anak.
Untuk rekod, Arrora dan suaminya Ahmed Mahfuz berkahwin dengan pada Julai 2017. Arrora sebelum itu pernah berkahwin dan bergelar janda selama tujuh tahun. Suaminya pula merupakan duda anak tiga.
Tak kisah pandangan orang