Bollywood
Artis Bollywood Pertama Positif COVID-19, Ingkar Arahan Kuarantin Siap Pergi Parti Lagi?
Kanika Kapoor menjadi artis Bollywood pertama yang disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian pada Jumaat lalu.
Selepas kecoh apabila penyanyi lagu Baby Doll itu menyorok di dalam tandas lapangan terbang Mumbai selepas pulang dari London pada awal Mac lalu, muncul pelbagai dakwaan lain membabitkannya selepas itu.
Kanika antara lain didakwa tidak melalui proses kuarantin diri, tidak melakukan social distancing malah menghadiri beberapa parti selepas pulang dari London.
Menjelaskan perkara tersebut, kata Kanika kepada Times of India, kebanyakan laporan berkenaannya tidak sahih.
"Ada dakwaan kata saya bersembunyi dalam tandas lapangan terbang untuk elakkan saringan, kalau betul, macam mana saya boleh terlepas saringan di imigresen sedangkan saya menaiki penerbangan antarabangsa?
"Oleh kerana semua tempat tutup, saya memutuskan untuk pulang ke rumah keluarga saya di Lucknow pada 11 Mac lalu.
"Ketika itu masih tiada sebarang makluman daripada pihak berkuasa tentang kuarantin diri sekiranya pulang dari luar negara.
"Macam mana saya nak tahu sedangkan saya sudah melalui saringan di lapangan terbang Mumbai sebelum ini.
"Lagipun saya mendapat simptom ini (COVID-19) beberapa hari lepas," katanya kepada Hindustan Times.
Malah, jelas Kanika dia tidak menganjurkan sebarang parti sebaliknya hanya menghadiri beberapa majlis yang dijemput rakan-rakannya.
"Saya hadiri majlis hari jadi kecil-kecilan dan sudah memaklumkan kepada pegawai perubatan mengenai individu yang hadir pada majlis itu," tambahnya.
Kanika sebelum itu ada mendapatkan bantuan melalui talian bantuan namun tidak diendahkan kerana tidak mempunyai simptom COVID-19 dan dianggap sebagai selesema biasa.
Individu yang mempunyai kontak rapat dengan Kanika kini dikuarantin untuk pemantauan lanjut.
Must-Watch Video