,
Laman Utama

“Artis Malaysia Ni Ramai Dia Naikkan Macam Siti…” - Pemuda Ini Hairan Mengapa Ramai Pertikaikan Ajai

Hanafis Haris
18/08/2020
09:25 MYT
Nama juri tetap Big Stage 2020 (BS2020), Ajai masih menjadi perdebatan netizen di laman sosial susulan tindakannya yang memberi hanya dua markah terhadap peserta Hafiz Zainal ketika konsert pertama Ahad lalu.
Rata-rata mereka masih tidak berpuas hati dengan markah tersebut yang disifatkan tidak masuk akal.
Malah, wujudnya satu petisyen yang meminta Ajai disingkirkan sebagai juri BS2020.
BACA: “Sepatutnya Saya Nak Beri Dia Kosong” - Adili Nyanyian Dengan Betul, Ajai Tak Kisah Dibenci Netizen
Namun, dalam ramai yang mengecam penyanyi dan komposer itu, masih ada yang menyokong pendirian Ajai sebagai juri.
Antara yang menarik perhatian adalah luahan seorang individu dikenali sebagai Mohd Zailee.
“Budak-budak sekarang kecoh pasal Ajai bagi markah 2/100 dekat seorang peserta Big Stage 3. Maka ramailah yang kecam Ajai.
“Mula mempersoalkan kelayakan Ajai dan membandingkan dengan juri lain iaitu Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir.
“Ini bukan kali pertama budak-budak pertikaikan kelayakan Ajai. Kutuk cara dia nyanyi, kutuk kisah peribadi dia dan kutuk macam-macam,” katanya.
Jelasnya, sebagai pemerhati muzik arus perdana, perjalanan karier seni 70 peratus bukanlah di atas pentas menyanyi, berjoget, dan menghiburkan orang.
“Dia banyak bekerja di belakang tabir sebagai komposer dan penerbit.
“Artis-artis Malaysia ni dah ramai yang dia naikkan. Datuk Seri Siti Nurhaliza, Sheila Majid, Rem. Lagu Percayalah dengan Kau Kekasihku yang Datuk Siti nyanyi tu Ajai yang buat.
“Paling orang mengenang Ajai ni, dia bantu artis lama untuk comeback dengan memberi jenama baru.
“Awal dulu dia naikkan semula arwah Saleem Iklim. Dia bagi lagu Juwita dekat Saleem dan lagu tu masuk Juara Lagu.
“Lepas tu dia rebrand artis power macam Dayang Nurfaizah dan Ning Baizura. Terbitkan album mereka dan dua artis tu relevan sampai sekarang,” katanya.
Tambahnya, perjalanan karier Ajai lepas tu semakin baik apabila menerima anugerah demi anugerah seperti Lagu Terbaik AIM dan Juara Lagu.
“Berbelas-belas lagu dia masuk final dan menang. Artis-artis yang ikut bekerjasama dengan dia pula semakin ramai. Misha Omar, Sarah Raissuddin, Ella, Hafiz.
“Album terjual puluh-puluh ribu, malah ratus ribu tanpa bantuan media sosial. 30 tahun kekal relevan dalam industri dah pun buktikan dia ni siapa.
“Kita kena ingat macam ni je lah. Mungkin Ajai agak kritikal dan cerewet dalam memberi komen. Tapi kalau dia tak tegas macam tu, macam mana peserta tu nak kekal relevan dalam industri.
“Aku percaya artis-artis yang pernah kerja dengan dia pun ada terima komen yang kritis dan pedas. Mungkin banyak kali. Tapi semua tu ditolak ke tepi sebab percayakan kebolehan Ajai. Mereka professional.” katanya.
Anda boleh lihat posting penuh di bawah.
Undi peserta kegemaran secara online menerusi laman rasmi di www.gempak.com/bigstage serta menerusi aplikasi SYOK.
Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.
Bigstage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Big Stage 2020 ditaja oleh Adabi dengan kerjasama Kinohimitsu selaku penaja bersama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: 10 Peserta Ke Pentas Akhir, Langkah 2 Peserta Terhenti… Jom Semak Markah Penuh Minggu Separuh Akhir

gempak
08/09/2024
20:55 MYT
Peserta Farhan Mustapha unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu Separuh Akhir Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: 12 Peserta Melangkah Ke Separuh Akhir, Dua Tugasan Menanti… Jom Semak Markah Penuh Minggu Keenam Semua Peserta

gempak
01/09/2024
20:55 MYT
Peserta Shazreen Shaharum unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu keenam Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Syaffiq Sahli Raih Markah Tertinggi, Mofanora Tersingkir.. Jom Semak Markah Penuh Minggu Keempat Semua Peserta

gempak
18/08/2024
21:55 MYT
Peserta Syaffiq Sahli unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu keempat Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
Hiburan

Sedar Nama Dipetik Selepas Konsert Ajai, Nourul Depp Mohon Peminat Tak Buat Perbandingan - “Siapa Pun Boleh Menyanyi Lagu Keliru, Semua Ada Cara Tersendiri”

gempak
09/08/2024
02:55 MYT
Menyedari namanya dipetik selepas Konsert ByAjai & Mega Friends pada Sabtu lalu, penyanyi Nourul Depp bagaimanapun berharap peminat tidak membandingkan cara penyampaian lagu duetnya bersama bekas suami.
Hiburan

Anggap Hafiz Suip Penyanyi Profesional, Ajai Terbuka Untuk Bantu Naikkan Nama Semula - “Orang Kata Dia Ada Masalah Tapi…”

gempak
07/08/2024
03:55 MYT
Kemunculan penyanyi Hafiz Suip yang menyanyikan lagu Ku Akui di konsert ByAjai & Mega Friends pada Sabtu lalu di Mega Star Arena, Kuala Lumpur sememangnya mengubat kerinduan peminat.