HIBURAN
Artis Nasyid Curang Dengan Isteri? Berjalan Berpegangan Tangan Dengan Wanita Lain
Seorang artis nasyid terkenal yang mempunyai latar pendidikan tinggi dikatakan berlaku curang terhadap isterinya apabila keluar berdua-duaan dengan wanita lain.
Difahamkan, isterinya kini berada di luar negara untuk satu urusan dan kesempatan ini digunakan artis terbabit untuk bercinta dengan wanita lain.
Menurut sumber, dia terserempak dengan artis terbabit dan wanita berusia dalam lingkungan 30-an ini di pusat beli-belah terkenal baru-baru ini.
"Mereka berpakaian warna sedondon dan berjalan berpegangan tangan seolah-olah suami isteri. Setahu saya isteri dia berada di luar negara.
"Saya cuba merakam tapi agak jauh kerana terkejut melihat seorang artis nasyid berkelakuan begitu," katanya yang hanya ingin dikenali sebagai peminat irama nasyid tanah air.
Menurutnya, dia cuba mengikuti pasangan itu secara dekat untuk rakaman yang lebih jelas tetapi gagal melakukannya.
"Artis itu kemudian masuk ke tandas dan wanita itu tunggu di luar depan tandas. Saya perasan wanita itu macam syak sesuatu dekat saya dan saya terus pergi tempat lain.
"Apabila saya kembali ke situ, mereka sudah tiada. Saya pusing satu kawasan aras situ tapi tak berjumpa. Mungkin mereka masuk ke restoran atau dah naik lif," katanya.
Sumber: Harian Metro