Pelakon Puteri Aishah, 26, telah mengundang cemuhan netizen apabila memuat naik foto dengan memakai pakaian yang seksi.

Baju berwarna skin (coklat) yang jarang itu telah menimbulkan rasa kurang senang kerana kelihatan bentuk pakaian dalamnya.

Ekoran itu, rata-rata warganet mula menasihati supaya lebih menjaga adab berpakaian memandangkan pelakon drama bersiri Selafaz Cinta adalah seorang selebriti yang dikenali.

Tidak terhenti di situ, beberapa pengguna laman sosial lain terutama lelaki mula meninggalkan komen berbaur lucah.

Walaubagaimanapun, ada juga segelintir pengikut mendoakan yang baik-baik untuk pemilik nama Puteri Aishah Sulaiman.



Sehingga artikel ini ditulis, foto itu telah mendapat lebih 32,000 liked (tanda suka) serta hampir 200 komen.