Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Viral

"Artis Tak Perlu Bantuan Khas, Utamakan Mereka Memerlukan!" - Dr. Say

Amri Hassan 30/03/2020 | 02:31 MYT
Pengacara My Doctor, Dr. Say Shazril menyatakan pendiriannya bahawa golongan artis tidak memerlukan bantuan khas dari kerajaan.
Sebaliknya kata Dr. Say, golongan yang lebih memerlukan patut diutamakan ketika negara berdepan situasi genting seperti sekarang.
"Topik ni dikeluarkan sebab ada beberapa artis yang menyuarakan kesedihan mereka tak dapat bantuan kerajaan.
"Tak dinafikan being in entertainment industry pendapatan kami bergantung mostly daripada show/ performance/ lakonan.
"Apabila PKP berkuatkuasa segala2nya tertangguh/ dibatalkan maksudnya no job = no income.
"Persoalannya sekarang patutkah diwujudkan “bantuan khas” kepada artis-artis tanah air kita ni?
"Pada pendapat saya, SEMESTINYA TIDAK PERLU. Atas satu sebab je yakni ARTIS ATAU TIDAK, KITA SEMUA RAKYAT BIASA.
"Walaupun seseorang itu berstatus “artis” tapi sekiranya pendapatannya tergolong dalam kumpulan B40/ M40 dia tetap akan dapat menikmati PREP yang diumumkan kerajaan.
"Jadi atas sebab ni tak perlu nak wujudkan bantuan khas sebab bagi saya Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin TERSANGAT ADIL & SAKSAMA kepada seluruh rakyat jelata.
"Bagi saya pada saat genting inilah kita perlu ketepikan segala “status” & utamakan mereka yang memerlukan.
"Kalau baru sekarang kita nak merasa kehidupan kais pagi makan pagi, bayangkan nasib golongan yg sebelum ini sudah kais pagi makan pagi?
"Pastinya kehidupan mereka ibarat HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU.
"Cukuplah berdebat isu ni instead apa kata kita berganding bahu bantu mereka yang memerlukan melalui pelbagai tabung/ funds yg ditubuhkan di luar sana untuk kebaikan kita bersama," nyatanya menerusi perkongsian di akaun Instagramnya.
Ujar Dr. Say, dia terpanggil untuk berkongsi pandangannya terhadap itu terbabit ekoran statusnya sebagai selebriti dan seorang ahli perubatan.
"Tergerak hati nak buat topik ni sebab ade yang mesej saya bertanya macam mana pandemik ni mempengaruhi pendapatan saya sebab katanya saya tergolong dalam geng-geng retis.
"Bila PM umumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin (PREP) 27 Mac lepas, satu je yang saya dapat nikmati yakni diskaun bil elektrik dan owh satu lagi free internet.
"Memandangkan saya doktor bukan di bahagian hadapan maka saya tidak layak untuk menerima elaun khas RM600/sebulan to medical staff.
Susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ada segelintir artis berkongsi luahan pendapatan terjejas apabila terpaksa menghentikan segala aktiviti mereka.
Bagaimanapun, kenyataan itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang beranggapan ramai artis menunjuk kemewahan tetapi mahu meminta bantuan daripada kerajaan ketika waktu sekarang.
Sekadar pesanan, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Dr. Say Shazril #PKP #Bantuan Khas Artis
;