Hiburan

“Artis Tak Salah, Tak Tahu Apa-Apa Tapi Tiba-Tiba Kena Soal Siasat” - Zamani

gempak
Khairil Khusyairi
07/02/2025
01:50 MYT
Sponsor Banner
“Artis Tak Salah, Tak Tahu Apa-Apa Tapi Tiba-Tiba Kena Soal Siasat” - Zamani
Penyanyi Zamani mendedahkan dia pernah ditawarkan untuk menjadi duta dengan bayaran lumayan bagi sebuah syarikat tidak dikenali.
Menurut Zamani yang juga vokalis kumpulan Slam itu, dia menolak tawaran tersebut kerana berasa ragu.
"Ada sahaja tawaran diterima, tapi saya dan pengurus berhati-hati. Misalnya, tawaran buat persembahan. Kami akan pastikan dahulu, jangan main ambil sahaja.
"Baru-baru ini, saya ada terima tawaran mengerjakan umrah, siapkan sediakan duit poket. Saya tahu syarikat berkenaan mahu saya tarik orang pergi, jadi sanggup taja dan beri duit poket.
"Macam luar biasa. Saya akui, ini peluang baik, tapi saya tolak," katanya kepada Gempak.
Zamani ditemui pada sidang media Konsert Slam Bersama MPO di sebuah hotel di ibu negara, petang semalam.
Mengulas lanjut, Zamani berkata dia dan pengurus sentiasa berhati-hati dan teliti sebelum bersetuju bergelar duta bagi mana-mana syarikat.
“Saya berhati-hati kerana tak mahu terbabit dengan masalah. Kita nampak apa yang berlaku, jadi kasihan artis yang tidak terbabit.
"Artis tak salah dan tak tahu apa-apa, tapi tiba-tiba kena soal siasat. Ia menjejaskan nama. Ada beberapa rakan artis yang pernah terkena, jadi saya kasihan mereka jadi mangsa.
"Tak perlulah kita siasat sampai ke akar umbi, tapi sedikit sebanyak kena ambil tahu. Sebabnya, penghujung kita juga akan ditarik jika timbul dakwaan.
"Jadi, kita kena berhati-hati sebab kadang-kadang tak perasan," katanya lagi.
Terdahulu, media tempatan melaporkan dua selebriti antara individu yang akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan kes syarikat perunding kewangan didakwa terbabit rasuah dan pengubahan wang haram.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024