Artis Ucap Tahniah Pakatan Harapan Menang PRU14

Amri Hassan
Mei 10, 2018 12:08 MYT
Kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 hingga mampu membentuk kerajaan dengan sokongan daripada Parti Warisan Sabah, melakar sejarah tersendiri.
Susulan kemenangan bersejarah itu, golongan selebriti turut menyertai orang ramai untuk meluahkan rasa teruja dan berbangga atas kemenangan tersebut.
Semua ucapan tahniah dan gembira mereka terpusat pada seorang tokoh yang dianggap 'legenda' dan wira yang membentuk masa depan negara, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Antara selebriti tanah air yang berkongsikan tanda penghargaan tersebut adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Fathia Latif, Hairul Azreen, Siti Sarah, Afdlin Shauki, Sharnaaz Ahmad dan Rozita Che Wan.
Kami kongsikan ucapan-ucapan berserta kemas kini artis bersama teraju Pakatan Harapan, Tun Dr. Mathir Mohamad.
Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Astro Awani
Foto: Instagram
#Artis #Tun Dr. Mahathir Mohamad #PRU14 #Pakatan Harapan