gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Gempar Kes Perkahwinan Sejenis, Rupa-Rupanya Pengantin Lelaki Khunsa!
HIBURAN
Watie Luah Kesedihan Di Hari Ibu, Kenang Kehilangan ‘Seseorang’ Yang Sukar Dilupakan - “Aku Masih Ingat Hari Itu…”
BERITA
2,361 Hidupan Liar Mati Dilanggar Atas Jalan Raya, Di Pahang Paling Tinggi
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Artis Veteran Ditahan, Pukul Abang Ipar Guna Batang Besi

gempak
Awani
25/03/2024
02:06 MYT
Sponsor Banner
Artis Veteran Ditahan, Pukul Abang Ipar Guna Batang Besi
Seorang artis veteran ditahan selepas disyaki memukul abang iparnya di sebuah flat Bandar Tun Razak, Cheras, di sini, pada petang Ahad.
Memetik laporan Awani, menurut sumber, penyanyi lelaki era 80-an dan komposer itu memukul abang iparnya yang berusia 41 tahun itu menggunakan batang besi sehingga menyebabkan kecederaan.
"Difahamkan, telah berlaku salah faham antara mangsa dan suspek.
"Suspek kemudian bertindak memukul menggunakan besi panjang di bahagian kepala, belakang badan, mata kiri dan bahagian lain mangsa.
"Akibat daripada kejadian itu, mangsa mengalami pendarahan di bahagian kepala dan menerima dua jahitan, bengkak mata kiri, lebam di tangan kiri dan luka di tangan kanan," katanya kepada Astro AWANI, pada Isnin.
Mengulas lanjut, sumber itu berkata, abang ipar kepada artis berusia 64 tahun itu telah membuat laporan polis selepas mendapatkan rawatan di hospital.
"Peserta sebuah program realiti hiburan popular itu difahamkan akan direman hari ini," ujarnya.
Sekadar info, pada tahun 2010, artis veteran ini pernah terpalit kontroversi berhubung perkahwinan yang tidak direstui oleh ibu mertuanya susulan jarak usia antara dia dan isterinya agak jauh.
Sumber: Awani

Berita Trending: Netizen Tegur Leher Yazmin Aziz Nampak Macam ‘Love Bite’, Ini…

Berita Trending: Arwah Siti Sarah Muncul Dalam Mimpi, Watie - “Tak Sangka Tiba-Tiba…
Topic Berkaitan
#Artis
#Ditahan
#Pukul
#Besi
#Batang
#Veteren
Must-Watch Video