Arwa Malaikha Urwa, Cantiknya Nama Anak Ardell Aryana Dan Nadzmi Adhwa

Mya Amri
Jun 12, 2020 07:23 MYT
Pasangan pelakon Ardell Aryana dan suaminya, Nadzmi Adhwa memilih nama Arwa Malaikha Urwa untuk anak perempuan kesayangan mereka.
Ardell dan Adhwa mendedahkan nama serta wajah anak mereka menerusi posting terbaharu di akaun Instagram selepas tujuh hari kelahirannya.
Masing-masing turut memuat naik video pendek yang merakamkan wajah comel Urwa selepas Ardell bersalin.
“Arwa Malaikha Urwa Binti Nadzmi Adhwa. @babyadhwardell ?? My precious baby girl ni lahir pada hari Jumaat juga.
“Alhamdulillah umur dah masuk 7 Hari. Video ni masa lepas Urwa lahir dan diqamatkan.Terima kasih Allah atas kurniaan mu ini,” tulis Adhwa.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya memuji nama dan kecomelan Urwa.
Terdahulu, Adhwa dan Ardell mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019.
Pasangan itu kemudian berkongsi berita gembira mengenai kehamilan anak sulung pada Disember lalu.
Urwa selamat dilahirkan pada 5 June 2020, jam 2.22.22.
#Ardell Aryana #Nadzmi Adhwa #Arwa Malaikha Urwa