"Arwah Kerap Termenung, Dia Kesepian" - Datuk Chuari Selamat Kongsi Sikap Allahyarham Ahmad Nawab Di Hujung Usia
Ainun
25/11/2024 03:55 MYT
25/11/2024 03:55 MYT
Komposer, Datuk Chuari Selamat, 70, menceritakan lagenda muzik, Allahyarham Tan Seri Ahmad Nawab, hidup dalam kesunyian di hujung usia khususnya lima tahun belakangan ini.
Menurut Chuari, sejak kematian isteri, Siti Zainab Ibrahim pada 2020, arwah banyak termenung tambahan pula ada antara anak didiknya tidak lagi bertanya khabar.
“Sedihnya bila sudah hujung usia, dia kesepian. Dia cakap dengan saya dia sunyi.
“Orang yang pernah dibimbing sudah tidak berapa ambil tahu hal dia. Ini memang sangat sedih.
“Beberapa kali jumpa dia, dia minta datang lagi seolah-olah arwah macam mahu cari kawan. Dalam lima tahun belakangan ini nampaklah kesunyian itu. Tambahan pula bila isteri sudah meninggal.
“Kalau saya datang rumah, dia banyak termenung dan cakap dalam keadaan sayu. Dulu orang panggil dia main seksofon tapi hujung hujung sudah macam senyap,” katanya kepada Gempak.
Datuk Chuari Selamat berkata demikian ketika ditemui di surau Taman Melewar, Batu Caves, pada Isnin.
Dalam pada itu, sebagai sahabat yang pernah bekerjasama lebih daripada 10 tahun, Chuari telah menyaksikan pelbagai cabaran yang dihadapi arwah semasa hayat termasuklah mangsa individu yang bersifat dengki.
“Bila perkara tidak diingini berlaku, dia bersikap seorang yang tenang.
“Dalam menghadapi situasi ini, dia jujur dengan apa yang berlaku. Orang mahu buat apa dia tidak kisah. Dia hanya dengan perjuangannya. Jika dia di pihak yang betul dia akan pertahankan,” jelasnya.
Terdahulu, Chuari sudah mula bekerjasama dengan Allahyarham Ahmad Nawab sekitar tahun 1970-an dan terlibat dalam menghasilkan pelbagai lirik lagu.