Hiburan

Arwah Tak Sempat Sambut Hari Lahir Anak, Balu Abam & Hamzah Rai Secara Sederhana

gempak
Zulaikha Yusof
15/06/2020
00:15 MYT
Sponsor Banner
Arwah Tak Sempat Sambut Hari Lahir Anak, Balu Abam & Hamzah Rai Secara Sederhana
Tanggal 14 Jun adalah hari bersejarah buat keluarga kecil Allahyarham Abam Bocey dan balunya, Siti Nurhidayah Mohd Ali.
Menerusi akaun Instagram (IG) Hidayah, 28, mendedikasikan ucapan khas sempena hari kelahiran anak lelakinya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.
"Selamat hari lahir buat anak kesayangan ibu genap 1 tahun Syed Uthman Hamzah Bin Syed Umar Mokhtar.
"14.06.20, semoga menjadi anak yang solleh buat ayah & ibu. Al-fatihah buat arwah suamiku Syed Umar Mokhtar," tulisnya.
Hidayah memuat naik sebuah rakaman video bersama Hamzah sambil memegang sebiji bantal yang dicetak foto arwah.
Ketika dihubungi Gempak, Hidayah mendedahkan arwah Abam pernah menyuarakan hasrat untuk meraikan hari bermakna itu bersama.
"Arwah pernah rancang untuk menyambut hari ulang tahun kelahiran pertama Hamzah.
"Arwah kata akan sambut di mana-mana saja untuk anak dan isteri kesayangannya tetapi kita hanya merancang, Allah yang menentukan," katanya.
Terdahulu, Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada pagi Isnin (10 Februari) akibat demam panas.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live