As’ad Motawh Nyaris Patah Hidung & Jari

Syafiqah Jalal
Oktober 9, 2018 07:02 MYT
Penyanyi As’ad Motawh mendedahkan hidung dan jarinya hampir patah ketika melakukan latihan untuk muzik video single terbarunya berjudul Percaya.
Pemilik nama sebenar As'ad Ahmad Muhammad Motawh, 18,berharap muzik videonya disukai ramai kerana dia sanggup lakukan apa sahaja demi peminatnya.
“Nearly broke my nose and fingers when i was training for percaya. Hope you guys love my new music
PS I’d do anything for my fans
18 days left ," tulisnya.
Penyanyi itu berkongsi perkara tersebut di akaun Twitternya.
Rata-rata peminatnya turut mendoakan agar As’ad segera sembuh.
Single Percaya bakal dilancarkan 18 hari lagi.
#Penyanyi #Single #Penyanyi #As'ad Motawh