,
Laman Utama

"Asal Raya Ja Ada Orang Bod** Pentingkan Diri!" - Terganggu Dengan Bunyi Mercun, Ezzaty Abdullah Naik Hantu Dengan ...

Zulaikha Yusof
12/02/2021
08:50 MYT
Pelakon Ezzaty Abdullah, 31, tidak dapat menahan kemarahan dengan pihak yang membakar mercun pada pukul 12.30 pagi tadi di kawasan perumahannya.
Menurut Ezzaty, tindakan itu telah mengganggu ketenteraman dirinya yang ingin berehat selepas penat bekerja menguruskan bisnes mee udang.
"Huh! Asal raya ja ada orang bod** pentingkan diri! 12.30 pagi bod**! Kau nak bakar mercun apa benda? Esok Subuh aku bakar mercun depan rumah kau baru kau tau!
"Tak kisah la nak mabuk ke nak mati ke nak makan apa ke tapi 12.30 pagi orang dah tidur. Kenapa la masih lagi ada otak dekat dunia ni yang pentingkan diri haram! Pengawal keselamatan pula tak dapat dihubungi.
"Aku penat gila satu hari masak pergi buat penghantaran. Kau cuti kau punya pasal la. Aku kerja. Kau kerja aku ada bising ka? Betul! Baru dapat rehat 30 minit dah ada main mercun!" tulisnya menerusi Instagram Stories.
Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Azwan Kombos mengingatkan untuk mempunyai perasaan empati terhadap orang di sekeliling.
"Tolong semua semua. Punya rasa empati dengan semua orang. Kalau korang nak berjimba jangan menyusahkan atau kacau orang lain. Hidup kita ni kalau tak dapat senangkan orang, jangan susahkan orang.
"Cuba fikir kalau orang ada anak kecik yang susah nak tidur. Lepastu dia dah tidur. Mak bapa dia baru nak tarik nafas lega lepas sehari suntuk penat jaga dia yang buas.
"Tiba-tiba kau main memekak main mercun lepastu budak tu bangun nangis-nangis balik. Apa perasaan mak bapa tu? Kalau kau pentingkan diri sangat pun. Kau fikir kalau kena kat diri kau la," tulisnya lagi.
Ezzaty dan Azwan mendirikan rumah tangga pada Julai 2016. Hasil perkahwinan tu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Harum Dahlia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Rindunya Kenangan Raya Dulu-Dulu, No.3 Tu Paling Payah Nak Cari Dah Zaman Sekarang Ni!

gempak
06/04/2024
11:45 MYT
Jom kita ‘throwback’ kenangan raya dulu-dulu yang mungkin telah ‘hilang’ pada hari ini.
Viral

Terkejut Dengar Bunyi Letupan Seakan ‘Mercun’, Kucing Peliharaan Didakwa Terjatuh Daripada Tingkat 12 - “Kebarangkalian Untuk Pulih 50/50”

gempak
16/02/2024
00:55 MYT
Seekor kucing yang juga haiwan peliharaan kepada warga Singapura terselamat walaupun dipercayai terjatuh daripada tingkat 12 bangunan kediaman tuannya yang terletak di Segar Road, Bukit Panjang pada minggu lalu
Viral

Jiran Suka Hati Bakar Mercun Bola, Netizen Naik Geram - "Orang Tegur Baik-Baik Pun Masih ..."

gempak
13/02/2024
09:50 MYT
Macam-macam perangai manusia
Hiburan

"Dah Agak Lama Saya Tak Terima Mesej Kamu Mahu Bertemu Dengan Anak" - Bekas Isteri Keith Foo

gempak
11/02/2024
02:55 MYT
Ironi pada ucapan sempena Tahun Baru Cina yang disambut pada Sabtu, Kim turut mendedahkan Keith sudah lama tidak menghubunginya untuk bertemu dengan anak perempuan tunggal mereka, Skylar Raymond Foo.
Gaya Hidup

Rai Tahun Naga Tahun Baru Cina Bersama 'Big Prosperity Celebration' Di Pavilion Bukit Jalil!

gempak
31/01/2024
10:23 MYT
Pavilion Bukit Jalil menyambut Tahun Naga yang megah melalui kempen Tahun Baru Cinanya - Big Prosperity Celebration sehingga 25 Februari 2024!