Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Asalnya Cuma Beri Produk, Tak Sangka Beliau Repeat Order Hingga Kini” - Karl Shafek Terharu Siti Nurhaliza Kerap Support Pes Kuah Kacang Segera Jualannya

Izwan Isa
24/09/2021 12:20 MYT
Umum mengetahui yang penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sering membuat ulasan dan mempromosikan makanan yang diberikan kepadanya di Instagram.

Siapa sangka, pelantun lagu Bukan Cinta Biasa itu juga sering menyokong peniaga-peniaga kecil dengan membeli produk yang mereka niagakan.

Hal itu dialami oleh pengacara dan pelakon Karl Shafek Ibrahim.



“Pada asalnya, saya hanya memberikan produk-produk saya termasuk pes kuah kacang segera kepada beliau sebagai buah tangan sekitar bulan Ramadan tahun lalu.

“Enam bulan kemudian, saya terkejut menerima DM daripada beliau yang ingin memesan pes tersebut dalam kuantiti yang banyak.

“Saya fikir, beliau mahu berikan kepada saudara mara, tetapi rupanya untuk dijadikan stok simpanan keluarga beliau sendiri,” kongsi Karl kepada Gempak.

BACA: Bantu Pengusaha Makanan Ketika Pandemik, Siti Nurhaliza Diangkat Antara 100 Selebriti Paling Berpengaruh Di Asia Pasifik

Menurut Karl, dia pernah menulis tentang sokongan yang diberikan oleh Siti di laman Twitter.

“Saya bersyukur kerana produk ini menjadi kegemaran beliau. Selain itu, saya juga pernah memberi beliau merasa produk-produk lain, antaranya Tembosa Raja, Karipap Raja, Ikan Patin Masak Tempoyak serta koleksi sambal saya.

“Saya pernah menulis di Twitter tentang sokongan yang diberikan oleh beliau. Impaknya, stok jualan habis terjual sebelum dilancarkan di kedai Khalish Official Store di Shopee beberapa bulan lalu.



“Jujurnya, saya berasa sangat terharu seorang figura hebat seperti Datuk Siti sentiasa membantu peniaga kecil seperti saya. Apa yang penting, beliau sendiri yang membeli, bukan melalui orang tengah atau sebagainya.

“Saya pasti selain saya, ada ramai lagi peniaga yang terkesan dengan situasi pandemik telah mendapat sokongan artis nombor satu negara ini,” tutup Karl Shafek.

Untuk rekod, kedua-dua selebriti ini merupakan anak jati Pahang. Siti Nurhaliza berasal dari Lipis manakala Karl pula dari Pekan.
#Siti Nurhaliza #Karl Shafek #Makanan #Bisnes
;