Laman Utama

Asalnya 'Zoom' Tapi Ditukar... Ini Perkembangan Terkini Perbicaraan Kes Saman Fitnah Siti Nordiana Yang Tertunda 25 November

gempak
Amri Hassan
15/12/2021
05:50 MYT
Sponsor Banner
Asalnya 'Zoom' Tapi Ditukar... Ini Perkembangan Terkini Perbicaraan Kes Saman Fitnah Siti Nordiana Yang Tertunda 25 November
Peguambela kepada defendan keempat dan kelima kes perbicaraan saman fitnah siber yang diambil oleh Siti Nordiana memberitahu yang mahkamah akan meneruskan prosiding pada hari Jumaat ini.
Sebelum ini, peguam Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors memohon penangguhan kerana salah seorang kakitangan firma guaman itu positif COVID-19.
BACA: Proses Mediasi Gagal, Siti Nordiana Tetap Heret Kes Saman 5 Sekawan Ke Mahkamah!
Mahkamah telah menangguhkan perbicaraan yang sepatutnya berlangsung pada 25 November lepas selepas membenarkan permohonan peguambela yang mewakili defendan keempat, Sam Musyadzafar Samin, 43 dan defendan keempat, Razidah Ahmad Senusi, 42.
"Pada hari kedua perbicaraan nanti, pihak pembelaan akan menyambung pemeriksaan balas ke atas Siti Nordiana," kata Nurul Hafidzah.
Perbicaraan yang pada asalnya dibuat melalui aplikasi Zoom tersebut telah ditukar kepada pendengaran fizikal oleh mahkamah atas permohonan peguambela Sam Musyadzafar dan Razidah.
Pihak pembelaan secara konsisten menafikan dan terus menolak yang anak-anak guam telah memfitnah, seperti yang didakwa plaintif.
Seperti yang dilaporkan media sebelum ini, mahkamah akan menyaksikan pihak pembelaan akan mengemukakan tujuh orang saksi.
Perbicaraan pada 17 Disember ini akan berlangsung pada 2.30 petang di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live