Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) bakal meraikan sambutan ulang tahun ke-50nya dan juga ulang tahun ke-40 jalinan hubungan antara Amerika Syarikat dan ASEAN.

Bagi meraikan detik berharga ini di Amerika Syarikat, Persatuan Penduduk ASEAN atau ASEAN PAC yang berpusat di Los Angeles mengumumkan jalinan perkongsian dengan Persatuan Network of Myanmar Amerika Association (NetMAA) untuk menganjurkan majlis ASEAN Golden Celebration dan Gala Ball pada 9 September ini.

Majlis tersebut akan berlangsung di SLS Hotel, Baverly Hills, California di mana segala keuntungan acara berkenaan akan disalurkan ke ASEAN People’s Association di Los Angeles.

Acara Gala Ball itu akan menyaksikan kehadiran Duli Yang Teramat Mulia, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj.

Dalam majlis tersbut juga bakal diperkenalkan Anugerah Pelopor ASEAN 2017 atau The ASEAN Vanguard Award akan diberikan kepada individu yang menunjukkan teladan terbaik, komitmen dan juga dedikasi terhadap jalinan perniagaan serta ikatan hubungan diantara masyarakat ASEAN.

Penghormatan itu telah diberikan kepada Nina Hachigian (bekas Kedutaan Amerika Syarikat di ASEAN), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Menteri Pelancongan & Kebudayaan Malaysia), Dr Connie Mariano (bekas doktor White House) dan Cik Sonita Lontoh (Eksekutif Lembah Silikon, White House Global Entrepreneurship Summit, State Dept. Tech Women).

ASEAN PAC telah menjalinkan hubungan kerjasaam dengan setiap ahli ASEAN menerusi wakil dari Pejabat Konsulat Jeneral dan juga kedutaan teruatam sekali Ketua Konsulat Filipina dan Los Angeles di mana Filipina adalah merupakan ketua ASEAN bagi tahun 2017.

Dalam pada itu, majlis ini merupakan satu-satunya acara komuniti ASEAN yang meraikan acara penuh bersejarah ini di Amerika Syarikat.

Majlis ini dijangka akan berlangsung pada jam 6 petang pada Sabtu ini.

Untuk maklumat lanjut dan juga pembelian tiket untuk majlis makan malam ini, sila klik --> ASEAN PAC.