Berita

Asfan Tidak Kisah Digelar Penyanyi Runut Bunyi Drama

Rozaimi Zubaidi
09/07/2018
06:51 MYT
Penyanyi Asfan mengakui tidak kisah apabila lagu yang dihasilkan olehnya sering dijadikan runut bunyi drama.
Menurut Asfan, dia menganggap itu merupakan rezeki baginya dan merancang untuk menghasilkan lebih banyak lagu untuk runut bunyi drama.
"Alhamdulillah, ini merupakan rezeki saya apabila single yang dihasilkan sering menjadi pilihan untuk dijadikan runut bunyi drama.
"Bagi saya, jika lagu popular kerana sebuah drama, maka itu satu bonus kepada saya terutama dari segi pemasaran kerana ia akan lebih kerap dimainkan di kaca televisyen.
"Saya tidak kisah jika digelar demikian kerana ini merupakan rezeki bagi saya kerana bukan mudah untuk sesebuah lagu itu dipilih untuk menjadi runut bunyi drama.
"Selepas kejayaan single saya dalam drama ada juga beberapa pengarah meminta saya untuk menghasilkan lagu untuk drama terbaharu mereka," katanya kepada Astro Gempak.
Asfan berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai single yang dihasilkan sering menjadi pilihan penerbit dalam drama.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Foto: Instagram
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sering Dipanggil ‘Aunty’, Sarah Suhairi Sedia Bergelar Ibu

gempak
26/07/2024
04:55 MYT
Menurut Sarah, dia sedia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga.
Hiburan

"Alhamdulillah Adira Bagi Saya Peluang" - Datuk Red

gempak
23/07/2024
07:45 MYT
Susulan daripada pendedahan percintaaan yang dibuat melalui siaran langsung di aplikasi TikTok, Datuk Red tampil mengesahkan hubungannya bersama bekas isteri, Adira Suhaimi.
Hiburan

Generasi DFP Kumpul 15 Artis Muda Pelbagai Genre! Konsert Pertama Fadzly, Syiqin Azln, Ruhil Ariana Wilson, Ee Vone & LOKO 24 Julai Ini

gempak
20/07/2024
11:04 MYT
Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) telah melancarkan sebuah inisiatif baharu yang dinamakan Generasi DFP bagi menyokong landskap industri muzik dan seni di Malaysia.
Hiburan

Wanita Nafi Jadi Sugar Mummy Artis Remaja Fikry Kiki - "Tuduhan Itu Tak Sepatutnya Berlaku"

gempak
20/07/2024
02:55 MYT
Usahawan dan pempengaruh sensasi, Bulan atau nama sebenarnya Mabel Ira Bulan, menafikan tuduhan 'membela' artis remaja Fikry Kiki.
Hiburan

Ryan Bakery Menangis Risaukan Anak Kena Jangkitan Kuman Dalam Darah - "Ini Ujian Untuk Kami Sekeluarga"

gempak
20/07/2024
00:58 MYT
Anak lelaki kepada personaliti media sosial, pelakon dan penyanyi, Ryan Bakery iaitu Ryan Ezra menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman dalam darah.