Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Ashanty Dapat Firasat Aurel Hermansyah Akan Keguguran - "Kerana Aku Pernah Gugur 3 Kali"

Amri Hassan
17/06/2021 01:01 MYT
Ibu tiri kepada Aurel Hermansyah, Ashanty mengakui sudah mendapat firasat janin yang dikandung anak tirinya itu tidak mampu bertahan lama.

BACA: Sekejap Sahaja Menikmati Fasa Hamil, Aurel Hermansyah Umum Keguguran

Selepas mengalami pendarahan, Ashanty yang pernah tiga kali keguguran seolah-olah dapat meramalkan episod hitam yang bakal terjadi kepada Aurel.

Benar seperti telahannya, Aurel keguguran sekitar pertengahan Mei lalu ketika Ashanty dan suaminya, Anang berada di Turki untuk berubat.

"Sedih sangat apabila kakak (Aurel) memberitahu berlaku pendarahan. Kerana aku sudah keguguran tiga kali. Jadi nasihat saya suruh kakak bedrest sahaja.

"Di situ saya sudah feeling memang sudah tak dapat bertahan lagi," katanya memetik laporan media Indonesia.

Bagaimanapun, sebagai seorang ibu, Ashanty terus memberikan kata-kata semangat kepada Aurel untuk tidak bersedih dan yakin akan kembali hamil dalam tempoh terdekat.

"Aku cakap kepada kakak, berita baiknya kakak boleh hamil. Jadi tak perlu takut, aku katakan begitu agar dia tidak kecil hati. Insya-Allah dalam dua atau tiga bulan lagi akan hamil lagi," tambahnya.

Ashanty dan Anang tidak bersedih apabila keinginan untuk menimang cucu tidak kesampaian.

"Yang penting berdoa setiap apa yang berlaku ada hikmahnya," ujar Ashanty.

#Hamil #Keguguran #Indonesia #Ashanty #Aurel Hermansyah #Firasat