Laman Utama

Ashira Umum Berhenti Menyanyi, Mohon Diberi Ruang - "Biarkan Saya Hidup Dengan Keluarga & Anak-Anak..."

gempak
Shahrin Zulkifle
14/12/2022
04:00 MYT
Sponsor Banner
Ashira Umum Berhenti Menyanyi, Mohon Diberi Ruang - "Biarkan Saya Hidup Dengan Keluarga & Anak-Anak..."

Penyanyi Ashira Aziz mengumumkan bahawa dia akan meninggalkan industri seni nyanyian bermula tahun 2023.

Mengakui banyak cabaran sepanjang bergelar anak seni, Ashira, 38, meminta semua pihak agar menghormati keputusannya selain mahu memulakan kehidupan baharu bersama anak dan keluarga.

“Menuju 2023, inilah masanya. 1999-2022 adalah satu perjalanan yang mencabar dalam hidup saya.

“Mana yang baik saya akan semat dalam lubuk hati yang paling dalam. Masa untuk tutup buku sekarang dan mulakan yang baru.

“Tolong hormat keputusan saya, biarkan saya hidup dengan kehidupan saya sendiri bersama anak dan keluarga tanpa mata-mata mereka yang mahu mencari perhatian.

“Saya Ashira Aziz undur diri sebagai public figure. Adios amigos (selamat tinggal kawan dalam bahasa Perancis). Bagi saya ruang please, saya ok,” katanya.

Ashira berkongsi perkara tersebut menerusi beberapa siri hantaran di Instagram Stories miliknya baru-baru ini.

Dalam masa sama, pelantun lagu Di Ombak Resah itu turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada seluruh peminat yang pernah menyokong kerjaya seninya bermula daripada dulu hingga kini.

“Tidak kisah jika ada sesiapa yang mahu unfollow saya, bye dua tipu-tipu.

“Terima kasih kepada semua terutama peminat saya yang sokong daripada dulu hingga kini. Maafkan saya sebab tidak meneruskan perjalan kerjaya seni ini,” tambahnya.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live