Laman Utama
Ashraf Muslim Dedah Parti Pilihan Dalam Lagu ‘Swipe’ Di TikTok, Netizen – “Ok Tak Sama, Tapi Sebab Handsome Aku Like”
Pelakon Ashraf Muslim menegaskan setiap rakyat Malaysia ada hak memilih kerajaan dan pemimpin mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang akan ditentukan pada 19 November ini.
Justeru Ashraf Muslim menasihati agar semua bersifat terbuka dan dapat berkempen secara sihat.
“Waktu musim berkempen ini setiap warga Malaysia ada hak untuk memilih dan menyokong siapa yg bakal menjadi pemimpin dan kerajaan bagi memerintah.
“Berlapang dada dalam apa jua. Jaga akhlak baik-baik dan berkempen dengan cara yang sihat. Insya-Allah semua orang mengharapkan yang terbaik untuk negara kita Malaysia,” katanya.
Ashraf yang dilihat sedang aktif berkempen berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram (IG) miliknya.
Menerusi entri berkenaan dia memuat naik video TikTok miliknya yang sambil membuat gerak geri mengikut trend lagu popular dari Alyph berjudul Swipe.
Dalam video berkenaan Ashraf mendedahkan yang dia menyokong Barisan Nasional dan menolak parti Harapan dan Perikatan Nasional.
Kemas kini berkenaan telah mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memberi pelbagai reaksi terhadap pilihan parti politiknya.
“Ok tak sama pilihan tapi sebab handsome aku like,” komen pengikutnya berseloroh.
“Insya-Allah royal blue pilihan hati,” kata salah seorang warga maya.
“Insya-Allah kemenangan milik pemimpin Islam,” harapan salah seorang netizen.
Must-Watch Video