Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Ashraf Muslim Pilih Berdiam Daripada Ulas Isu Rumah Tangga Selebriti - “Kisah Saya Pada Suatu Ketika Dahulu…”

Asyikin Mayudin 04/04/2023 | 04:43 MYT

Pernah berdepan dengan kontroversi rumah tangga, pelakon Ashraf Muslim menganggap apa yang terjadi sebelum ini menjadi pengajaran buat dirinya.

Enggan mengulas lebih mengenai isu terkini melibatkan selebriti, Ashraf bagaimanapun berkata dia lebih memandang hikmah di sebalik kejadian yang berlaku.

“Kalau dilihat pelbagai isu dan kontroversi rumah tangga selebriti ketika ini, kisah saya pada suatu ketika dahulu berwarna-warni juga. Dari belum berkahwin, sehinggakan saya mendirikan rumah tangga dan kemudiannya mempunyai dua isteri.

“Semua yang berlaku menjadi pengajaran buat diri saya namun saya mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lebih lanjut. Bukan mudah untuk kekal istiqamah, ibarat orang hendak berhenti merokok, perlu konsisten dan mempunyai ‘will power’ yang kuat.

“Kematangan berdasarkan pengalaman ini selari dengan penghijrahan ke arah lebih baik sejak tahun 2009 lagi. Apabila berbicara mengenai hijrah pastinya setiap orang mempunyai pelbagai pengalaman.

“Apatah lagi, apabila hendak berubah ke arah kebaikan, ada pelbagai dugaan. Oleh itu, penghijrahan bagi saya adalah sangat subjektif. Saya memilih jalan ini kerana saya mahu hidup lebih tenang,” kata Ashraf.

Ashraf mengakui sedang melalui fasa bahagia dan seronok kerana Allah mengurniakan dua isteri yang saling memahami dan anak-anak yang sihat.

Terdahulu, Ashraf bernikah dengan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman pada 24 September 2011 di Mekah dan difahamkan masalah rumah tangga mula tercetus kerana isu belum dikurniakan zuriat sepanjang dua tahun perkahwinan.

Bagaimanapun, selepas empat tahun bernikah, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Anas Ashraf.

Manakala, bersama Wan Sakinah Ahmad Saburi yang dinikahi di Thailand pada 7 Julai 2013 pula, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, Adam Ashraf dan Safiyyah Ashraf.

#Ashraf Muslim #Ashraf #Isu selebriti #Rumah tangga Ashraf
;