Pakar sakit puan, Dr. Imelda Balchin menjelaskan bahawa asid folik tiada kaitan dengan keseburan seseorang wanita.

Menerusi program kesihatan wanita, Tanya Doktor Imelda, episod enam yang bersiaran malam tadi, Dr. Imelda menegaskan asid folik tidak membantu kesuburan wanita, namun ia penting untuk proses pembentukan janin dalam kandungan.

"Asid folik tiada kaitan dengan kesuburan seseorang wanita, tetapi ia sangat penting untuk proses pembentukan janin dalam kandungan.

"Ramai juga yang tidak tahu, sebenarnya asid folik harus diambil sebelum kehamilan supaya tidak kekurangan zat itu di peringkat awal kehamilan.

"Kita tak tahu bila kita akan hamil, jadi asid folik sebaiknya diambil sebelum kehamilan agar pembentukan tulang belakang dan tempurung kepala janin membentuk dengan baik," katanya dalam program tesebut.

Tanya Doktor Imelda dihoskan oleh Lisa Surihani dan menampilkan seorang pakar sakit puan, Dr. Imelda Balchin dan beberapa tetamu undangan setiap minggu.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan info mengenai kesihatan wanita dalam Tanya Dr. Imelda yang ditayangkan pada setiap Khamis, jam 9 malam di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD(121).

Anda juga boleh menonton program ini dimana-mana sahaja pada waktu yang sama menerusi tiga platform Gempak iaitu Facebook, YouTube dan portal rasmi www.gempak.com.