Terkini

Askar Israel Cedera Diserang Ratusan Penyengat Di Semenanjung Gaza

gempak
Gempak
13/05/2024
15:55 MYT
Sponsor Banner
Askar Israel Cedera Diserang Ratusan Penyengat Di Semenanjung Gaza
Seramai 12 askar Israel cedera selepas diserang oleh ratusan penyengat di selatan Semenanjung Gaza.
Memetik laporan Business Insider, insiden tersebut berlaku pada Jumaat lalu selepas sebuah kereta kebal secara tidak sengaja mengganggu sarang serangga berkenaan.

Cedera

Menerusi berita sama, askar yang terkena sengatan dibawa ke Pusat Perubatan Sheba di Tel Hashomer dengan seorang dilaporkan memerlukan rawatan rapi.

Pengarah Pusat Perubatan Kecemasan Sheba, Dr. Avi Ironi berkata, beberapa askar mengalami reaksi alahan terhadap sengatan tersebut dan memerlukan rawatan rapi termasuk anestesia, rawatan toksikologi dan penjagaan pakar lain.

Sungguhpun begitu, dilaporkan tiada nyawa yang terancam pada masa ini, dengan mangsa masih berada di bawah pemerhatian doktor.

Askar Israel

Sebelum ini, Israel pernah berhadapan dengan serangan anjing liar pada peringkat awal pencerobohan, yang mengakibatkan tindakan pembunuhan besar-besaran anjing di Semenanjung Gaza.
Tindakan ini diambil untuk mencegah penyebaran penyakit dan melindungi anjing di Israel daripada potensi penularan rabies atau penyakit lain.
Pada masa ini, keadaan di Semenanjung Gaza kekal tegang, dengan insiden seperti ini menambah kerumitan kepada dinamik konflik yang sedang berlaku di rantau itu.
Sumber: Business Insider

ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa Netizen Senaraikan Puluhan Nama Artis, Pempengaruh Tempatan Untuk Diboikot?

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Israel, Suami Isteri Warga Tempatan Berdepan Hukuman Mati

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live