Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Asmara Loka Tampilkan Insomniacks, Drama Band, Aizat Amdan & 6ixth Sense!

Amri Hassan
13/10/2024 16:09 MYT
Setelah menjayakan Kotak Muzik Kita di Galasa Caldwell, Ipoh tahun lepas dan juga siri jelajah Pentas Healing bersama komuniti Gamon Society ke Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka, Fuse Creative Digital Media dengan berbesar hatinya ingin mempersembahkan ASMARA LOKA, sebuah acara muzik yang bakal diadakan pada 9 November 2024 di Ipoh Convention Centre, Ipoh Perak.

Dengan membawa konsep acara muzik indoor yang intim dan eksklusif, dan juga barisan artis terkenal tanah air seperti 6IXTHSENSE, INSOMNIACKS, DRAMABAND & AIZAT AMDAN, Fuse Creative Digital Media berhasrat untuk menjadikan ASMARA LOKA sebagai satu acara buat penggemar muzik tanah air yang meminati dan mengikuti trend “Galau” dan “Healing” yang sedang trending di media sosial seperti Tiktok, FB dan Instagram, terutamanya di kalangan generasi muda penggemar muzik tanah air.

Sempena kempen Tourism Perak iaitu Travel to Perak 2024, ASMARA LOKA juga merupakan antara usaha untuk mempromosi bandar Ipoh yang telah mendapat pengiktirafan daripada UNESCO sebagai Creative City of Music. Dengan penganjuran acara ASMARA LOKA ini sedikit sebanyak boleh menarik minat belia dari seluruh negara untuk berkunjung ke Perak.

Pengarah Projek ASMARA LOKA, Syahril Husny atau lebih dikenali sebagai Aril menjelaskan kepentingan untuk acara ini dilaksanakan dan dijayakan oleh semua pihak.

“Saya sebagai wakil daripada FUSE berharap ASMARA LOKA bukan sahaja menjadi platform untuk memperkenalkan bakat-bakat hebat tanah air, tetapi juga sebagai satu titik pertemuan bagi penggemar muzik yang menghargai dan menikmati trend muzik semasa. Kami yakin acara ini akan menjadi mercu tanda dalam kalendar acara muzik Malaysia dan membawa impak positif kepada industri pelancongan dan ekonomi setempat," katanya.

Jualan tiket atas talian telah bermula pada 6hb Ogos 2024 yang lalu di laman sesawang www.ticket2u.com.my dengan 2 kategori iaitu, RM98 bagi tiket ZONA PATAH HATI dan RM128 bagi tiket ZONA MATI RASA. 60% tiket telah terjual setakan ini.

Atas permintaan ramai di kalangan komuniti, kini tiket combo diperkenalkan untuk kategori ZONA PATAH HATI : “Tiket Duo” dengan harga RM226 untuk 2 orang dan “Tiket Kumpulan” dengan harga RM432 untuk 4 orang yang akan bermula dijual pada 11 October 2024.
#Konsert #Aizat Amdan #Drama Band #6ixth Sense #Insomniacks #Asmara Loka
;