Hiburan

Asmidar Terkejut Tengok Orang Luar Malaysia ‘Layan’ Lagu Wau Bulan

gempak
Fiza Kamarudin
20/01/2017
01:00 MYT
Sponsor Banner
Asmidar Terkejut Tengok Orang Luar Malaysia ‘Layan’ Lagu Wau Bulan
Penyanyi Asmidar, 31, akui terkejut melihat penerimaan ‘orang luar’ terhadap lagu melayu asli dan tradisional dari Malaysia.
Asmidar berkata, dia terkejut apabila melihat mereka yang tidak memahami Bahasa Melayu menghargai lagu melayu asli dan tradisional negara ini.
“Tahun lalu saya ke Beijing dan Paris untuk membuat persembahan dan saya telah menyanyikan lagu-lagu tradisional kita.
“Di Beijing saya menyanyikan lagu Wau Bulan, dan saya terkejut apabila melihat orang-orang di sana ‘enjoy’ dengan persembahan saya, malah mereka memuji lagu tersebut.
“Di Paris pula, orang di sana sangat sukakan Mak Yong. Siapa sangka? Selain dua negara itu saya juga turut diundang untuk membuat persembahan di Bangkok, Korea dan London.
“Terkejut sangat sebab kita nyanyi lagu melayu, tetapi mereka suka dan enjoy walaupun tidak faham bahasa kita hanya kerana mereka sukakan muzik kita,” katanya.
Asmidar ditemui pada Majlis Pelancaran Anugerah Piala Jemari Kreatif 2017 Pereka & Jurusolek dan Majlis Pelancaran Produk Kecantikan Le Mia yang diadakan serentak di Slate, The Row Kuala Lumpur pada Selasa.
Bercerita mengenai pengalamannya menyertai pertandingan D'Academy Asia (DAA) di Indonesia tahun lalu, Asmidar berkata dia kini semakin matang dan lebih berdikari.
“Di sana penyanyi perlu berusaha sendiri jika mahu menonjol atau ke depan. Kalau di Malaysia saya rasa seperti dimanjakan tetapi di Indonesia saya perlu buat semua perkara sendiri kalau mahu persembahan saya bagus.
“Alhamdulillah, saya berjaya memperkenalkan muzik kita di Indonesia menerusi DAA. Saya berharap dapat mencuri peluang untuk mengembangkan karier saya di sana,” ujarnya bersemangat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024