Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

“Assalamualaikum Baby, Tunggu Aunty Chic...”- Video Call Dari Korea, Ezlisa Loy Menangis Lihat Bayi Lelaki Elfira

Syafiqah Jalal 01/10/2019 | 22:35 MYT
Pelakon Ezlisa Loy terharu sehingga mengalirkan air mata ketika melihat wajah anak saudaranya yang baru dilahirkan itu menerusi panggilan video.
Ezlisa yang kini berada di Korea Selatan atas urusan kerja bagaimanapun teruja dan tidak sabar untuk pulang dan bertemu dengan putera sulung kakaknya, Elfira Loy.
“Assalamualaikum baby, tunggu Aunty Chic balik kay! Habis la awakk, saya cakap lahir after saya balik Korea kan.
“Tak sabar nak gomol awakkkkkk (The video was taken on the day I have to fly to korea)
“Time ni belum nak lahir lagi,” tulisnya di dalam kapsyen.
Menerusi perkongsian tersebut, Ezlisa memuat naik video ketika Elfira membuat pemeriksaan jantung bayi di hospital sebelum dia berangkat

Assalamualaikum baby ??, tunggu Aunty Chic balik kay! Habis la awakk, saya cakap lahir after saya balik korea kan. Tak sabar nak gomol awakkkkkk ? (The video was taken on the day i have to fly to korea) Time ni belum nak lahir lagi.

A post shared by Ezlisa Loy (@ezlisaaloy) on

Selain itu, dia turut memuat naik foto paparan skrin ketika sedang melakukan panggilan video dan ia menunjukkan sebahagian wajah bayi tersebut.
Sementara menerusi IG Story, Ezlisa seperti mengesahkan bahawa anak kakaknya itu adalah lelaki.
Elfira dilaporkan melahirkan bayi sulungnya hari ini iaitu 1 Oktober 2019 di sebuah hospital swasta.
BACA: Elfira Loy Selamat Lahirkan Bayi Sulung, Tahniah!
#Anak #Elfira Loy #Bersalin #Baby #Esliza Loy
;