“Assalamualaikum Kak Nadia” - Mengusik Di TikTok, Impian Mamat Akhirnya Tercapai! Netizen Rasa Macam Ada Jodoh!
Bermula dengan usikan dan berbalas video, hasrat seorang TikTokers untuk berjumpa dengan pelakon Nadia Brian akhirnya tercapai apabila mereka bertemu dalam sebuah acara baru-baru ini.
Kisah TikTokers dikenali sebagai @mamatgotnochill atau mamat itu mula tular apabila dia sering menegur Nadia setiap kali pelakon itu menghasilkan video.
Malah, trademark ‘Assalamualaikum Kak Nadia’ sering menjadi tumpuan netizen.
Susulan daripada itu, video berkenaan terus mendapat perhatian Nadia Brian yang berjanji untuk bertemu dengan Mamat.
“Korang mesti nak tengok Nadia berjumpa dengan mamat kan? InsyaAllah Nadia akan berbuka puasa dengan Mamat,” katanya sekitar minggu lalu.
Terbaru, Mamat akhirnya dipertemukan dengan Nadia menerusi satu video yang dimuat naik semalam.
Berdasarkan video berkenaan, terpancar kegembiraan daripada kedua-duanya pihak.
Malah, ramai yang bersorak kegembiraan apabila hasrat kedua-dua mereka tercapai.
Pada masa sama, tidak kurang juga ramai yang mengusik sekiranya ada jodoh antara mereka berdua.
“Kemain seronok budak Mamat dengan budak Nadia, enjoy”.
“Dia punya senyum sampai ke telinga”.
“Senyum dua-dua, kalau ada jodoh apa salahnya kan”.
“Tahniah, dah ada tarikh belum,” tulis beberapa netizen.
@faraa.jc Benda dah post. Enjoy jelah. @mamatgotnochill @nadia.brian #mamatiktoker ft #nadiabrian #foryou #absolutebazaar #gayaraya ♬ original sound - jc ?