Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Assalamualaikum Nur Aisywara Nealofa,” – MUA Bellaz Selamat Bersalin, Nama Anak Jadi Perhatian

Mya Amri
29/07/2022 09:50 MYT
Jurusolek popular, MUA Bellaz meluahkan rasa syukur selepas selamat bersalin anak keempat.

Berita gembira itu dikongsi Bella atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya hari ini.

Namun apa yang menarik perhatian adalah nama puteri keduanya iaitu Nur Aisywara Nealofa.

“Allahuakbar… Syukur Alhamdulilahh. Nur Aisywara Nealofa,” tulisnya.

A post shared by Nabilah zulyadaini (@muabellaz)

Menerusi ruangan komen, rata-ratanya menyukai nama anak perempuannya selain memuji wajah comel bayi itu.

Sebelum ini, Bellaz memaklumkan anak keempatnya ini bakal mempunyai tarikh lahir yang sama dengan anak ketiganya, Ean Yusuf.

“Pandai dia senyum last sebelum keluaq. Insya-Allah tak dak apa-apa mama abah jumpa adik 29/7 (Jumaat) sama tarikh lahir Ean yusuf,” tulisnya.

#Bersalin #Nama Anak #Jurusolek #Mua Bellaz #Nur Aisywara Nealofa
;