Hiburan
Asteroid Sebesar Burj Khalifa Bakal Menghentam Bumi? Ini Penjelasan Sebenar NASA!
Ketika dunia sedang 'dihantui’ dengan penularan wabak koronavirus (COVID-19), kini terdapat pula satu dakwaan bakal berlakunya kemusnahan dalam skala besar.
Menerusi Astro Awani, bumi dipercayai akan berselisih dengan sebuah asteroid gergasi pada Sabtu, sekitar jam 7.05 pagi waktu Malaysia.
Paling membimbangkan, saiz asteroid itu difahamkan lebih besar daripada bangunan tertinggi di muka bumi ini iaitu Burj Khalifa.
Asteroid itu juga dikatakan bergerak pada kelajuan 34,000 batu sejam dengan jarak paling hampir dari bumi sejauh 15 kali jarak bumi dengan bulan.
Pelanggaran dengan asteroid itu pastinya menyebabkan bencana besar dan seterusnya kepupusan.
Walaubagaimanapun, menurut Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA) , asteroid itu dijangka berselisih dengan bumi dengan jarak sekitar 0.038 mengikut unit astronomi di mana pergerakan itu tidak akan menyentuh bumi.
"Tiada bahaya. Kami telah memantau asteroid ini bertahun lamanya, dan kami arif tentang orbit laluannya.
"Struktur sepanjang 300 meter itu akan berada hampir dengan bumi, tetapi tidak akan menghentam bumi dan menyebabkan kemusnahan," ,” kata pengarah Pusat Pengajian Objek Berhampiran Bumi di NASA, Paul Chodas kepada Herald.
Sumber : Astro Awani
Must-Watch Video