Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Astro & Amazon Umum Kerjasama Strategik, Prime Video Kini di Ultra & Ulti Box

Gempak 29/04/2025 | 19:40 MYT
Astro, peneraju hiburan dan kandungan di Malaysia, hari ini mengumumkan kerjasama strategik bersama Amazon, peneraju global dalam penstriman hiburan, dengan pelancaran aplikasi Amazon Prime Video di Astro Ultra dan Ulti Box.
Kerjasama ini membuka lembaran baharu dalam pengalaman hiburan rumah, membolehkan pelanggan mengakses kandungan popular Prime Video secara langsung menerusi platform Astro. Ia menggabungkan filem dan siri antarabangsa seperti The Boys, Reacher, Fallout, Mirzapur, Marry My Husband, serta kandungan tempatan seperti Budak Flat dan Kayangan, dengan pelbagai pilihan hiburan sedia ada daripada Astro.

Dua Bulan Akses Percuma untuk Pelanggan Astro

Mulai 24 April hingga 23 Jun 2025, semua pelanggan Astro yang menggunakan Ultra atau Ulti Box boleh menikmati dua bulan akses percuma kepada Prime Video, tanpa caj tambahan – satu penjimatan bernilai RM50.
Menurut Euan Smith, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro; “Kami amat teruja dengan kerjasama ini yang memperkukuh usaha Astro dalam menyatukan pelbagai kandungan premium di satu tempat. Dengan integrasi aplikasi Prime Video terus ke Ultra dan Ulti Box, kami memberikan akses mudah kepada hiburan global terbaik sambil mengekalkan penawaran kandungan tempatan yang digemari ramai.”
Sementara itu, David Simonsen, Pengarah Prime Video bagi Asia Tenggara & MENA, menambah; “Integrasi ini membolehkan pelanggan menonton rancangan dan filem kegemaran mereka dengan lebih mudah merentas pelbagai peranti. Ia juga mencerminkan komitmen kami untuk memberikan keselesaan dan kualiti tontonan terbaik, termasuk akses kepada Amazon Originals dan kandungan serantau yang semakin digemari di Malaysia.”

Cara Aktifkan Prime Video di Astro

Untuk mengaktifkan akses:
1. Tekan butang “Home” pada alat kawalan Astro anda.
2. Pilih aplikasi Prime Video di bahagian “Apps”.
3. Ikuti arahan di skrin untuk mendaftar akaun Amazon Prime.
4. Imbas kod QR yang dipaparkan untuk memaut akaun anda ke Ultra/Ulti Box.
5. Setelah selesai, anda boleh terus menikmati pelbagai kandungan eksklusif di Prime Video secara langsung di TV anda.

Fleksibiliti Hiburan dengan Astro

Astro kini menawarkan penyesuaian langganan yang lebih fleksibel menerusi lebih 13 aplikasi penstriman popular di satu platform, termasuk Prime Video, Netflix, Disney+ Hotstar, Max, Viu, iQIYI, WeTV, Zee5, Simply South dan banyak lagi.
Pelanggan boleh mengurus atau menukar langganan mereka dengan mudah melalui aplikasi My Astro pada bila-bila masa.
Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ‘Hi’ ke 03 9543 3838.
#Astro #Amazon #Ulti Box #Prime #Ultra